Nazri Cabar Dr Mahathir Lawan Najib Di Pekan

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 8:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu menamatkan karier politik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamed Nazri, yang juga anggota Parlimen Padang Rengas, turut mengalu-alukan bekas perdana menteri itu untuk bertanding di kawasannya sekiranya mahu.

"Cara nak jatuhkan Najib, lawanlah beliau di Pekan... Jangan cakap banyak...Anda tahu bagaimana mahu jatuhkan (Najib).

"Kalau tidak mahu lawan Najib, lawan saya di Padang Rengas," katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

Dr Mahathir secara terbuka terus mengkritik Najib dan mendesak presiden UMNO itu meletak jawatan berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kewujudan RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang juga anggota Parlimen Kota Belud, menyarankan Dr Mahathir supaya bersara daripada politik dengan bermaruah.

"Saya harap (ini berlaku) tetapi sudah tentu ia cuma impian," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tun Dr Mahathir , Pekan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan