Liong Sik Sabar Tunggu Najib Kenakan Tindakan Undang-Undang

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 11:57 AM

Tun Dr Ling Liong Sik.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tun Dr Ling Liong Sik "sabar menunggu" untuk dikenakan tindakan undang-undang daripada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kenyataan yang dibuatnya terhadap perdana menteri.

"Saya masih lagi menunggu. Saya seorang yang sangat penyabar. Jangan tergesa-gesa, saya tunggu," kata Liong Sik kepada pemberita di sini, Rabu.

"Saya juga terkejut mengapa beliau mengambil masa yang sangat lama (untuk mengambil tindakan undang-undang), tetapi saya masih bersabar," tambahnya.

Bekas  menteri pengangkutan dan presiden MCA itu menerima surat tuntutan daripada sebuah firma guaman yang mengendalikan perkara itu, yang mendakwanya kerana memfitnah.

Surat tersebut menuntut Liong Sik memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), awal bulan ini.

Liong Sik berkata, beliau tidak akan berundur dari gesaanya supaya Najib meletakkan jawatan, dan beliau telah bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah.

Beliau tidak sabar untuk melihat najib membawa saksi di mahkamah berserta bukti.

Pada Selasa, peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Najib mengenai sama ada akan meneruskan tindakan undang-undang berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Ling Liong Sik , 1MDB , Najib Tun Razak

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan