Kerajaan Sedia 486 Klinik Rawatan Merokok

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 12:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini kerajaan menyediakan 486 klinik khas bagi membantu perokok berhenti merokok.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata bagaimanapun, hanya 18 peratus sahaja daripada golongan perokok tampil mendapatkan rawatan.

"Terdapat 70 peratus masyarakat mahu berhenti merokok namun secara purata  (mereka) boleh berhenti apabila mendapat lapan kali rawatan," katanya menjawab soalan Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat memperluas zon larangan merokok.

Mengulas lanjut, Dr Hilmi berkata kementerian sedang dalam perancangan memperluas zon larangan merokok sejajar dengan Artikel 8 Perjanjian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu melindungi golongan bukan perokok dari bahaya asap rokok.

Katanya, kerajaan juga sebelum ini telah mengambil langkah mewartakan beberapa kawasan larangan merokok termasuk kawasan rehat dan rawat di lebuh raya seperti yang termaktub dalam Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Dr Hilmi berkata, trend masa kini memperlihat masyarakat beralih kepada penggunaan vape dengan alasan mahu berhenti merokok.

"Sehingga kini, terdapat dakwaan mengatakan vape mengandungi 7,000 bahan kimia dan 87 daripada bahan itu berpotensi menyebabkan kanser," katanya menyeru masyarakat untuk tidak memulakan tabiat itu terutamanya pelajar sekolah. -- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan