Malaysia Berusaha Rapatkan Jurang Undang-Undang Syariah, Common - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2015 5:27 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

NILAI: Malaysia kini bergerak maju ke arah mengharmonikan dan merapatkan jurang yang wujud antara undang-undang Syariah dan Common, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Sebenarnya, jika kita mengesan sejarah pembangunan sistem perundangan kita, proses mengharmonikan undang-undang Syariah dan Common telah berlaku  sejak lebih dua dekad di negara ini.

"Ini sememangnya penting bagi menyemai rangka kerja perundangan yang berwibawa, cekap dan kondusif serta mewujudkan persekitaran kawal selia yang dinamik.

"Hari ini, kita dapat saksikan pengaruh undang-undang Common dalam prosedur dan keterangan yang digunakan di Mahkamah Syariah dan pemakaian undang-undang Islam yang ditadbir oleh Mahkamah Sivil,"katanya pada perasmian Seminar Antarabangsa Undang-undang Syariah dan Common Ketiga (ISCOL 2015) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ahmad Zahid berkata sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia  memperkukuh sistem dan infrastruktur perundangan bagi menampung pembangunan kewangan Islam yang semakin meningkat, kerajaan Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pengharmonian Undang-undang pada 2010.

Ia diketuai bekas Ketua Hakim Negara Malaysia Tun Abdul Hamid Mohamad dan disokong oleh anggota-anggota dari bidang perundangan dengan matlamat memastikan undang-undang Malaysia adalah bersesuaian dengan undang-undang Syariah.

Menurutnya undang-undang Syariah dan Common merupakan dua bidang berlainan yang telah berkembang dalam tempoh berbeza di Malaysia.

Kedua-duanya adalah unik dari segi sumber undang-undang, hirarki kewibawaan, peraturan undang-undang dan amalan termasuk kaedah dan pewajaran, kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

"Walaupun berbeza dengan ciri-ciri unik, sebarang kelemahan yang ada tidak harus dilihat sebagai halangan untuk menegakkan keadilan.

"Dengan mengambil kira kepelbagaian dua sistem undang-undang ini, kita mesti  memahami realiti negara ini. Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa Malaysia adalah negara pelbagai kaum, budaya dan agama dengan sistem perundangan bercampur.

"Dalam sebuah negara yang demokratik, apa-apa perubahan dan penambahbaikan yang kita mahu perlulah dilakukan menerusi cara yang demokratik. Lebih penting lagi, kita perlu melakukannya mengikut batasan Perlembagaan,"kata Ahmad Zahid.

Seminar dua hari itu yang bertema "Meneroka Pendekatan Wasatiyyah  Dalam Mengharmonikan Undang-undang Syariah dan Common" dianjurkan bersama oleh Fakuliti Syariah dan Undang-undang USIM dan Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan