Rajinikanth Bertemu Peminat Setianya

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2015 4:14 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Bintang filem Tamil, Rajinikanth membuat kunjungan hormat kepada peminat setianya, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Rajini yang sedang menjalani penggambaran di Melaka untuk filem Tamil terbarunya iaitu Kabali, bertemu dengan Mohd Khalil dibawah pengawasan yang ketat di pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Seri Negeri pada Selasa.

Menurut Mohd Khalil, ini adalah kali pertama beliau bersemuka dengan pelakon lagenda itu.

"Saya pernah jumpa dia sekali ketika dalam penerbangan. Tetapi ini kali pertama saya bersemuka dengan lelaki hebat ini.

"Saya mula jadi peminatnya sejak dari filem Tamil yang bertajuk Muthu pada tahun 1990," katanya selepas perjumpaan itu.

Tambahnya lagi, beliau menggelarkan dirinya sebagai peminat setia filem-filem Tamil dan juga Rajini yang telah memenangi hati saya.

"Setiap kali saya tengok filem Selatan India, saya tidak akan berganjak dari tempat saya kerana filem-filem itu mengandungi unsur emosi dan juga realiti.

"Sudah tentu saya gembira apabila dapat bertemu dengan bintang filem terkenal Rajinikanth pada hari ini," jelasnya lagi.

Mohd Khalil juga pernah ke Chennai, India untuk menghadiri festival filem Tamil pada majlis-majlis tertentu.

Rajini yang akan berada di Melaka sehingga Jumaat ini beredar meninggalkan pejabat Yang Dipertua untuk penggambaran Kabali di lokasi yang tidak diketahui.

Tags / Kata Kunci: Rajinikanth

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan