Kerja Mitigasi Di Bukit Botak Siap Januari Depan - Exco

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2015 4:20 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerja penyembuhan benih rumput di kawasan Bukit Relau yang juga dikenali sebagai Bukit Botak dijangka selesai Januari depan.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow berkata pada masa ini kerja mitigasi untuk meminimumkan hakisan akibat aktiviti penggondolan sejak pertengahan 2013 itu, telah 30 peratus siap.

Beliau yang menafikan kerja mitigasi itu dihentikan dan keadaan Bukit Botak lebih teruk, menjelaskan ia tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana terdapat kawasan berbatu yang memerlukan permit peledakan dari Jabatan Mineral dan Geosains serta polis.

Bercakap pada sidang akhbar di sini Selasa, Chow berkata kerja itu dimulakan semula awal Julai lepas yang melibatkan usaha menstabilkan cerun dan menanam rumput, membina kolam enapan serta membina parit bagi mengawal air.

"Memang kalau dari Jambatan Pulau Pinang nampak kawasan Bukit Botak itu menjadi semakin botak tetapi sebenarnya itu adalah kerja mitigasi yang  sedang dijalankan.

"Sepatutnya ia siap Disember ini tetapi agak terlewat sedikit berikutan jerebu dan musim hujan, jadi kami jangkakan ia siap sepenuhnya pada Januari depan," katanya.

Isu penggondolan kawasan bukit di sekitar Bukit Relau pada pertengahan 2013 mendapat perhatian apabila pelbagai pihak membantah tindakan itu yang bercanggah dengan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020.

Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang yang diwartakan pada 28 Jun 2007 itu melarang pembangunan di kawasan melebihi 76.2 meter (250 kaki) di atas paras laut dan di cerun dengan kecerunan melebihi 25 darjah. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bukit Botak , Bukit Relau , Chow Kon Yeow

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan