Perhimpunan Baju Merah Patuh Akta - Zahid Hamidi

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2015 4:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mengharamkan Himpunan Rakyat Bersatu atau lebih dikenali sebagai ‘kumpulan baju merah’ berikutan penganjurannya tidak bertentangan dengan undang-undang.

Berbanding perhimpunan Bersih 4, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penganjurnya gagal mematuhi keperluan Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Pihak PDRM tidak menghalang perhimpunan Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu diadakan memandangkan ia memenuhi keperluan akta.

"Di samping itu pihak polis tidak membenarkan perhimpunan Bersih 4 diadakan kerana penganjur enggan memindahkan tempat berhimpun dan bertegas untuk mengadakannya di lokasi yang tidak dibenarkan.

"Selain itu lokasi berkenaan tidak mendapat persetujuan daripada pemilik premis berkenaan," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Tereka Kok (DAP-Seputeh) berhubung sebab kementerian itu mengharamkan perhimpunan Bersih 4 yang betujuan memromosi demokrasi dan pilihan raya yang bersih.

Kok ingin mengetahui mengapa Kementerian Dalam Negeri memberi kelulusan kepada Himpunan Rakyat Bersatu yang menurutnya berunsur perkauman.

Bersih 4 diadakan serentak di beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur, Kuching di Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah selama dua hari pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Kumpulan itu menjadikan perkarangan Dataran Merdeka di sini sebagai lokasi perhimpunan utama.

Sementara itu perhimpunan kumpulan baju merah yang diadakan pada 16 September lalu di Padang Merbok menjadi kecoh apabila pesertanya bertindak merempuh benteng di Jalan Petaling yang menjadi salah satu laluan kumpulan berkenaan sebelum ke Padang Merbok.

Tags / Kata Kunci: Baju Merah

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan