Kerajaan Rancang Tambah Baik Aset Pengurusan Bencana

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 4:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang menambah baik beberapa kelengkapan pengurusan bencana termasuk banjir dan jerebu melalui peruntukan Bajet 2016.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata penambahbaikan aset termasuk pembelian helikopter yang mempunyai kapasiti lebih besar serta mampu menjalankan operasi bagi jangka masa lebih lama.

"Kalau kira keadaan sekarang ini helikopter yang ada hanya mampu terbang dua jam setengah hingga tiga jam setengah sahaja, jadi kalau kita pergi ke tempat banjir kita tak boleh lama di situ, mungkin kita boleh selamatkan beberapa orang dan kena terbang balik untuk isi minyak dan sebagainya," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menyaksikan peruntukan besar diberi terhadap sektor keselamatan dan pengurusan bencana termasuk RM180 juta untuk penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi memperkukuhkan pengurusan bencana alam.

Dalam pada itu Shahidan berkata kerajaan juga merancang untuk membeli sebuah lagi pesawat Bombardier yang mana kini hanya Malaysia mempunyai pesawat itu di Asia.

"Sekarang kita ada dua buah (pesawat Bombardier) yang kini digunakan bagi operasi memadam kebakaran hutan di Indonesia dan ia menghadapi kesusahan sikit  kerana bila kita buat penyelenggaraan hanya satu boleh pakai, dan kalau salah satu rosak kedua-duanya tak boleh pakai. Jadi kalau kita ada tiga itu yang terbaik," katanya.

Selain itu, Shahidan berkata kerajaan telah bersiap siaga menghadapi musim tengkujuh dengan kelengkapan beberapa aset termasuk enam buah helikopter oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Katanya agensi penguatkuasa yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) akan turut mempersiapkan aset mereka.

"Seperti JPAM bila sampai banjir yang mendesak mereka juga akan menyewa helikopter, jadi pengemblengan tenaga mampu menyelesaikan masalah pengurusan bencana," katanya.

Pengurusan pasca banjir juga akan diberi perhatian utama kerajaan memandangkan dari pengalaman banjir besar tahun lepas kerajaan menerima maklum balas berkenaan kelemahan pengurusan pasca banjir, katanya.

Tags / Kata Kunci: Bencana , Kerajaan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan