SPM Bermula 2 November, Melibatkan 440,682 Calon

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 11:49 AM

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula pada 2 November dan berakhir pada 8 Disember.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, seramai 440,682 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan pada tahun ini di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon diingatkan untuk membawa kad pengenalan mereka.

Beliau turut mengingatkan calon untuk merujuk jadual peperiksaan yang telah diedar ke sekolah dan boleh dimuat turun di www.lp.edu.my.

Tags / Kata Kunci: SPM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan