Sarawak Belum Sedia Eksport Tenaga Hidro Ke Semenanjung Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 2:05 PM

(Ubah saiz teks)

BELAGA: Sarawak belum bersedia mengeksport tenaga hidro ke Semenanjung Malaysia buat masa ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Torstein Dale Sjoveit.

Beliau berkata ini kerana syarikat memerlukan kesemua tenaga hidro dan tenaga arang batu yang dijana untuk pembangunan negeri berkenaan.

"Kami, telah menandatangani misalnya 14 perjanjian memberi komitmen membekalkan tenaga untuk industri berat, termasuk di Taman Perindustrian Similaju di Bintulu yang merupakan sebahagian daripada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama-sama merasmikan Festival Murum Penan 2015 di Penempatan semula Tegulang Penan di Long Wat dekat sini Isnin.

Turut bersama-sama merasmikan acara berkenaan ialah Menteri Muda Kerajaan Tempatan Luar dan Menteri Muda Adat Bumiputera dan Hal Ehwal Penan Datuk John Sikie Tayai serta Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Negeri Liwan Lagang.

Torstein berkata perjanjian berkenaan turut membuka 50,000 peluang bidang pekerjaan mahir yang merupakan sektor yang amat penting untuk ekonomi dan kemajuan negeri ini.

Katanya, kini Sarawak mempunyai Empangan Hidrokuasa yang membekalkan 2,400 MW (mega watt), Murum 944 MW dan stesen tenaga arang batu Balingian, 600MW.

"Secara teknikal ia mungkin dapat membekalkan tenaga ke Semenanjung melalui kabel dasar laut, tetapi usaha ini memerlukan pelaburan yang sangat besar," katanya.

Sementara itu, mengenai cadangan Empangan Baleh, beliau berkata SEB bersedia untuk melaksanakannya dengan anggaran kos RM8 bilion termasuk RM4 bilion dalam peluang perniagaan tempatan.

"Tetapi, saya perlu tegaskan bahawa keputusan untuk meneruskan Empangan Baleh ialah keputusan kerajaan negeri walaupun kita mempunyai sokongan sangat kuat daripada masyarakat. Kemudian, kita boleh mengeksport tenaga ke Semenanjung," katanya.

Mengenai cadangan empangan kontroversi itu, Torstein berkata terpulang kepada masyarakat di kawasan berkenaan memutuskan sama ada mereka mahu ataupun tidak empangan berkenaan.

Torstein mendakwa pembinaan empangan berkenaan akan membolehkan kawasan berkenaan membangun dengan pesat sekali gus memberi manfaat kepada rakyat di kawasan itu sendiri.

Terdahulu dalam ucapannya, Torstein berkata projek Empangan Murum yang bernilai RM4.1 bilion dijadual dilancarkan pada Isnin oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

"Tetapi jerebu yang berlaku membuatkan ia ditangguhkan atas faktor keselamatan dan kesihatan. Ini kali kedua acara berkenaan ditangguhkan," katanya menambah, pihaknya akan menunggu sehingga awal tahun depan. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: tenaga hidro , Sarawak , Semenanjung Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan