Muhyiddin Perlu Hormat Dan Yakin Kepimpinan Najib - Tajuddin

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 7:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu percaya dan yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana setiap pemimpin memiliki cara dan corak kepimpinan yang tersendiri.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semasa memberi peringatan ini berkata bekas timbalan perdana menteri itu juga tidak seharusnya mengungkit perkara berhubung sokongannya kepada Najib.

"Kita sebagai orang di bawah, sama ada berjawatan, ahli biasa atau penyokong, kena menyesuaikan diri dengan pemimpin, kita pengikut, takkan pemimpin nak ikut pengikut.

"Sebagai ahli (UMNO), kita kena ada keyakinan dan kepercayaan kepada pemimpin, kalau rasa tak boleh berbuat begitu, maka bolehlah mengundur diri supaya tidak terasa ada masalah antara kita dan pemimpin," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Tajuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Muhyiddin dalam Program Bicara Minda dan Sesi Dialog di Johor Baharu pada Sabtu yang mendakwa beliau merupakan pilihan Perdana Menteri Keempat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dijadikan perdana menteri tetapi tetap setia dengan Najib dan hanya menjadi timbalannya.

Katanya, Muhyiddin juga seharusnya berbincang di peringkat parti sekiranya ada ketidakpuasan hati, dan bukan menyatakannya secara terbuka.

Ketika ditanya sama ada UMNO perlu mengambil tindakan terhadap Muhyiddin, Tajuddin berkata peringatan dan nasihat adalah sebahagian tindakan yang boleh diambil bagi menunjukkan rasa hormat parti kepadanya.

"Permintaan saya, dengan rasa rendah diri kepadanya, apa saja perbezaan kita bawa ke dalam parti dan bincang, kalau dibiarkan, takkan membantu parti dan hanya menguntungkan musuh," katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata tindakan Muhyiddin yang lantang mengkritik secara terbuka hanya boleh diadili oleh jawatankuasa disiplin parti sama ada ia melanggar etika parti atau tidak.

Tags / Kata Kunci: Perdana Menteri , 1MDB , Umno

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan