Kuala Krai Siap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir - Polis

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 6:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Daerah ini kini bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku bencana banjir tahun ini.

Ketua Polis Kuala Krai, Supt Abdullah Roning, berkata persiapan menghadapi banjir telah dibuat sejak awal tahun, berikutan daerah ini antara jajahan paling teruk dilanda banjir pada akhir tahun lepas.

"Kami telah adakan dua mesyuarat penyelarasan bersama dengan agensi lain yang terlibat dengan bencana banjir," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Abdullah berkata antara agensi terbabit ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Meteorologi.

"Kami juga telah memberi latihan kepada anggota polis dan pasukan penyelamat lain dalam mengendalikan bot enjin sangkut bagi tujuan menyelamat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir," katanya.

Katanya pelbagai kenderaan dan peralatan akan digunakan dalam usaha membantu mangsa banjir.

Tags / Kata Kunci: Kuala Krai , Banjir

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan