Keluarkan Bateri Dari Peranti Rokok Elektronik Semasa Dalam Pesawat - MAHB

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 10:16 PM

vape
(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa serta-merta, penumpang yang membawa rokok elektronik perlu menanggalkan bateri daripada peranti rokok elektronik semasa dalam penerbangan, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada Isnin.

MAHB membuat pengumuman itu ekoran insiden rokok elektronik terbakar dalam penerbangan OD1003 Malindo Air semasa penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada 24 Oktober.

Menerusi catatannya dalam laman Facebook, MAHB berkata buat masa ini, peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) tidak membenarkan rokok elektronik didaftarkan sebagai bagasi tetapi membenarkannya dibawa dengan tangan oleh penumpang dalam pesawat.

“Susulan insiden terbaharu, Malaysia Airports telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan tambahan berkuat kuasa serta merta dan penumpang akan diminta supaya menanggalkan bateri daripada peranti,” katanya. 

MAHB juga merujuk perkara itu kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk nasihat lanjut.

Malindo Air mengesahkan insiden bateri rokok elektronik itu terbakar pada 6.02 petang semasa pesawat berada pada ketinggian 35,000 kaki dan di pertengahan laluan antara Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: rokok elektronik

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan