Rakyat Akan Dapat Banyak Peruntukan Jika Harga Minyak Naik - Ahmad Husni - Berita Semasa | mStar

Rakyat Akan Dapat Banyak Peruntukan Jika Harga Minyak Naik - Ahmad Husni

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 4:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata lebih banyak peruntukan akan disalurkan kepada rakyat jika harga minyak mentah Brent naik melangkaui paras US$48 setong tahun depan.

Katanya jika harga minyak naik, pendapatan kerajaan akan bertambah sekali gus membolehkan ia berbelanja lebih.

"Jika jatuh lebih rendah daripada US$48 setong, kita perlu menyemak semula bajet kerana kita tidak boleh mencatat defisit melebihi paras 3.2 peratus dan kita juga tidak boleh melangkaui nisbah hutang berbanding KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar)," katanya.

Ahmad Husni ditemui pemberita selepas melancarkan Persidangan Akauntan Antarabangsa 2015 Institut Akauntan Malaysia (MIA), di sini, Isnin.

Turut hadir Presiden MIA Datuk Mohammad Faiz Azmi dan Ketua Audit Negara  Tan Sri Ambrin Buang.

Ahmad Husni berkata semakan semula Bajet 2016 itu perlu bagi melindungi ekonomi dan rakyat.

"Kita perlu melindungi ekonomi untuk memastikan kita mencatat pertumbuhan yang mampan dan berdasarkan unjuran, kita boleh mencatat pertumbuhan KDNK empat hingga lima peratus," katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu memastikan negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi dengan menumpukan kepada produktiviti, melibatkan sektor pendidikan dan latihan.

Persidangan dua hari sehingga esok itu bertemakan 'Today's Synergy, Tomorrow's Reality' berjaya menarik hampir 2,800 peserta tempatan dan antarabangsa daripada komuniti perdagangan dan industri serta sektor awam, firma swasta dan ahli akademik.

Tags / Kata Kunci: Minyak , Ahmad Husni
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan