Seni Persilatan Perlu Diperluaskan - Najib

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 8:32 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta supaya seni persilatan Melayu diperluaskan dan pengamalnya meningkatkan lagi kemahiran pertahanan diri itu kerana ia adalah benteng pertahanan ketiga negara selain tentera dan polis.

Perdana Menteri berharap seni pertahanan diri itu kembali berakar umbi dan bercambah di kampung, taman, institusi pengajian tinggi dan di mana sahaja.

"Sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan kesinambungan silat sebagai warisan bangsa di negara ini, saya telah mengisytiharkan silat sebagai bela diri rasmi negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian bangunan Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) yang dinamakan Wisma Gayong, di Kampung Pandan di sini, Ahad.

Teks ucapan perdana menteri dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut hadir Yang Dipertua PSSGM Datuk Adiwijaya Abdullah, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jen Zulkifeli Mohd Zin.

Najib berkata, anak-anak muda harus sedar bahawa ancaman kehidupan sekarang datang dari pelbagai sudut, yang merangkumi masalah sosial dan dadah serta unsur asing seperti ancaman pengganas kumpulan militan I.S. 

"Saya yakin anak-anak Silat Gayong tidak akan terjebak dengan masalah ini kerana seawal persilatan telah diajar mentaati guru, kedua ibu bapa dan ajaran agama," katanya. 

Beliau berkata, Silat Gayong telah mewujudkan sinergi usaha dan hasrat dalam menyokong kepimpinan negara sejak sebelum merdeka lagi dengan pengasas PSSGM Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman menunjukkan komitmen pertubuhan itu ketika negara berdepan penjajahan Jepun dan British serta ancaman komunis.

Sejak penubuhan PSSGM pada 1963, Silat Gayong telah berkembang di negara ini hinggalah ke seluruh nusantara dan dunia.

"Dengan kejayaan warga Gayong membina bangunan Gayong ini, amat eloklah jika jika roh kejayaan Gayong kita peterikan dalam sanubari untuk terus meluaslebarkan ilmu pertahanan tradisi Melayu ini ke seluruh dunia," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan