Khidmat Rela Ditawarkan Bantu Penguat Kuasa KPDNKK - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 9:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Khidmat 3.6 juta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ditawarkan untuk membantu memperkasa pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia merupakan kerjasama pintar di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan KPDNKK bagi menampung kekurangan pegawai penguat kuasa KPDNKK.

"Saya mendapat tahu bilangan pegawai penguat kuasa di kementerian ini (KPDNKK) agak kurang. Maka saya ingin tawarkan supaya 3.6 juta anggota Rela turut dilibatkan untuk membantu penguat kuasa kementerian berkenaan.

"Anggota Rela seramai 3.6 juta orang juga adalah pengguna. Jadi keprihatinan mereka sudah tentu dapat membantu melestarikan aspek penguatkuasaan," katanya semasa melancarkan Hari Pengguna Kebangsaan 2015 di sini, Ahad.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beberapa akta mungkin perlu dilihat semula bagi membolehkan langkah itu dilaksanakan.

Pada sidang akhbar selepas itu, Ahmad Zahid berkata:"Jadi pihak kementerian melalui menteri dan timbalan menteri boleh membawa pindaan akta ini sebagai draf kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dikemukakan di Dewan Rakyat untuk pindaan.

"Saya yakin perkara ini boleh dilakukan demi menjaga kepentingan pengguna," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, anggota Rela yang terlibat akan menjadi 'mata' dan 'telinga' KPDNKK dan membantu kerja pemantauan.

"Walaupun sebelum pindaan akta ini mereka tidak mempunyai kuasa tetapi dari segi fizikalnya mereka boleh membantu pegawai-pegawai yang ada untuk melakukan gerakan dengan diawasi pegawai KPDNKK," katanya.

Kini terdapat kira-kira 2,300 pegawai penguat kuasa KPDNKK di seluruh negara. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Rela , KPDNKK

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan