Malaysia Perlu Dijenama Semula - Rafidah Aziz

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 5:02 PM

Rafidah Aziz.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Rafidah Aziz percaya bahawa Malaysia perlu melakukan segala usaha untuk 'menjenamakan semula' negara bagi memenuhi tuntutan persekitaran global yang semakin mencabar dan berdaya saing.

Bekas menteri itu berkata, penjenamaan semula negara perlu disampaikan menerusi mesej bahawa Malaysia sebagai negara yang ditadbir dengan baik.

Tambahnya, penjenamaan semual Malaysia juga menunjukkan negara ini dan rakyatnya komited bagi memastikan persekitaran untuk lebih banyak kejayaan dan pembangunan.

Menurut Rafidah, ia adalah penting untuk dilaksanakan kerana persaingan sengit dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi dan proses pembangunan serta pembekalan produk seni dan perkhidmatan. 

Rafidah berkata, Malaysia juga perlu bersaing dengan negara-negara lain menerusi usaha memperkasakan penduduk yang mempunyai pendapatan boleh guna lebih tinggi bagi menarik pelancong dan pelabur ke negara ini.

Beliau bagaimanapun percaya Malaysia berupaya untuk menjadi perhatian sekali lagi.

"Kita merupakan contoh sebenar bagi kejayaan perpaduan dalam kepelbagaian.

"Kita masih mempunyai asas... kita masih mempunyai daya tahan untuk dikekalkan... dan kita masih mempunyai resepi untuk memastikan kehadian kita kembali kuat sekali lagi," katanya.

Rafidah mengulas mengenai bagaimana Malaysia sebelum ini membangunkan dengan jayanya sehingga menjadi salah satu pertumbuhan ekonomi yang pesat di dunia.

Beliau menekankan bahawa negara pernah menjadi contoh kepada negara-negara lain apabila ia merancang pembangunan sosial dan ekonomi, dan Malaysia juga pernah menjadi perhatian dalam pelbagai bidang.

Katanya, malangnya negara mula kehilangan daya saing dalam bidang tertentu yang bukan sahaja disebabkan oleh persaingan sengit bahkan juga kerana "isu-isu domestik".

Tags / Kata Kunci: Rafidah Aziz

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan