KLCC Berkilauan Cahaya Biru Rai Ulang Tahun PBB

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 7:15 AM

SEORANG pelancong merakam gambar KLCC yang begemerlapan cahaya biru menggunakan telepon pintarnya. KLCC diterangi lampu warna biru sempena ulang tahun ke 70 Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Struktur ikonik Malaysia, Menara Berkembar Petronas menyertai mercu tanda lain di seluruh dunia yang berkilauan dengan cahaya biru bersempena ulang tahun ke-70 Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Peristiwa itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam halaman Facebooknya dengan menyertakan gambar menara itu yang bergemerlapan dengan warna biru di bandar raya Kuala Lumpur.

"Hari ini kita menerangi Menara Berkembar Petronas untuk menyertai sambutan 70 tahun Pertubuhan Bangsa Bersatu. Pemandangan yang sungguh hebat," kata beliau.

Selain daripada mercu tanda Kuala Lumpur itu, bangunan lain yang turut menyertai acara sambutan itu ialah Panggung Opera Sydney, Menara Eiffel Paris dan Empire State Building, New York.

24 Oktober adalah hari ulang tahun berkuatkuasanya Piagam PBB dalam tahun 1945 dan disambut sebagai Hari PBB.

Tags / Kata Kunci: KLCC , PBB

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan