Keluarga B40 Turut Dapat Habuan Dalam Bajet 2016 - Pakar

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 8:15 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bajet 2016 tidak boleh dianggap merugikan keluarga berpendapatan sederhana secara keseluruhannya.

Ini kerana menurut Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pelepasan cukai yang diumumkan kerajaan dilihat mampu mengurangkan beban cukai kumpulan berkenaan pada 2017.

"Dalam erti kata lain, ini boleh membantu meningkatkan pendapatan boleh guna mereka," katanya.

Mohd Afzanizam menjelaskan demikian ketika mengulas mengenai kebimbangan keluarga dari golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Menerusi Bajet 2016, kerajaan mengumumkan had pelepasan cukai bagi setiap anak di bawah 18 tahun mulai taksiran tahun depan, digandakan daripada RM1,000 kepada RM2,000.

Selain itu pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan turut akan dinaikan daripada RM3,000 kepada RM4,000.

Menurut Mohd Afzanizam, langkah pelarasan pelepasan cukai berkenaan wajar dipuji.

"Sudah sekian lama pelepasan ini tidak diselaraskan.

"Pelepasan cukai untuk anak kali terakhir pernah diselaraskan adalah pada 2004 manakala bagi pasangan yang tidak mempunyai pendapatan tidak berubah untuk masa yang sangat lama," katanya.

Bagaimanapun Mohd Afzanizam bersetuju bahawa bantuan persekolahan yang kini terhad kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah adalah terlalu tegas terutamanya bagi penduduk di kawasan bandar.

"Mungkin langkah-langkah penilaian perlu dibuat berdasarkan kawasan geografi kerana kos sara hidup adalah berbeza antara kawasan bandar dan luar bandar.

"Dengan cara itu sasarannya adalah lebih tepat dan inklusif," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bajet 2016

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan