Hanya 12 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Hingga 9 Pagi

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 10:58 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara bertambah baik apabila hanya 12 kawasan sahaja mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi Ahad berbanding 22 kawasan malam tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pelabuhan Klang kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi 134 berbanding 147 malam tadi, diikuti Shah Alam (126); Banting (118); Petaling Jaya (112) dan Pasir Gudang, Johor (111).

Kawasan lain Wilayah Persekutuan Putrajaya (110); Port Dickson (108); Seremban, Kuala Selangor dan Batu Muda, Kuala Lumpur (masing-masing 106); Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai (masing-masing 102) manakala 38 kawasan lain bacaan IPU direkodkan pada tahap sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Tags / Kata Kunci: IPU Tidak Sihat , Jerebu

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan