Bapa Mangsa Culik Siar Iklan Bersihkan Nama Pemandu Teksi

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 1:43 PM

Hanizan Kim Wen (tengah) dan datuk mangsa, Lee Sui (kanan) sebaik dibebaskan selepas didapati tidak terlibat dalam kejadian culik di Kajang baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bapa kepada budak lelaki yang diculik di Kajang baru-baru ini menyiarkan iklan untuk membersihkan nama pemandu teksi yang menyelamatkan anaknya.

Menerusi iklan yang disiarkan sebuah akhbar tempatan, Lee Kim Wen, 31 berkata, beliau dan keluarga yakin pemandu teksi berkenaan, Hanizan Mohamed Radzi, tidak terlibat dalam kes culik itu.

Kim Wen juga berterima kasih kepada Hanizan dan berkata beliau terhutang budi kepada pemandu teksi berusia 41 tahun yang membawa pulang anaknya.

Bagaimanapun, beliau juga kesal kerana siasatan kes itu menyebabkan kehidupannya dan Hanizan terjejas.

Kim Wen juga memberitahu beliau mahu memastikan reputasi Hanizan tidak tercalar akibat kejadian itu.

Pada 9 Oktober lalu, budak lelaki itu diculik di luar tadikanya di Sungai Chua, Kajang dan insiden itu dirakam menerusi CCTV.

Bagaimanapun, selepas lapan jam, budak lelaki itu ditemui Hanizan dan dibawa pulang dengan selamat ke kediaman Kim Wen.

Siasatan polis mendapati Hanizan tiada kaitan dengan kes itu dan pemandu teksi itu akan menjadi saksi utama kejadian berkenaan.

Tiga lagi lelaki telah didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik dan menuntut wang tebusan.

Tags / Kata Kunci: Hanizan Mohamed Radzi , Sungai Chua , culik

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan