Bajet 2016 Sempurnakan Tuntutan Rakyat - Ku Li

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menganggap Bajet 2016 yang dibentangkan pada Jumaat sebagai memenuhi tuntutan rakyat terutama golongan pendapatan sederhana dan ke bawah.

"Kerajaan telah menyediakan pakej terbaik untuk rakyat menerusi pembentangan bajet semalam dan menepati hampir keseluruhan sasaran walaupun mungkin ada satu dua perkara yang boleh ditambah baik," katanya.

Tengku Razaleigh, atau Ku Li, ditemui pemberita selepas melawat tapak binaan rumah mangsa banjir di Kampung Batu Papan Dua di sini, Sabtu.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah menyediakan bajet seimbang untuk semua dan terimalah apa yang dibentangkan itu," katanya.

Bajet 2016 bertema 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' yang dibentangkan Najib di Dewan Rakyat itu merangkumi peruntukan RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion bagi 2015.

Mengenai pembinaan rumah mangsa banjir pula, Tengku Razaleigh berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan lebih RM6 juta bagi tujuan itu.

Namun, beliau kecewa dengan proses pembinaan yang menjadi lewat akibat syarat terlalu banyak yang dikenakan pihak tertentu.

"Cadangan kita nak bina 100 unit tetapi hanya lulus pembinaan 40 unit sahaja kerana halangan tertentu. Saya akan usahakan supaya ia dapat disiapkan juga sebelum Disember ini," katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah; Adun Galas, Ab Aziz Yusof dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Gua Musang, Sheikh Razali Sheikh Hamat.

Tags / Kata Kunci: Bajet 2016 , Tengku Razaleigh Hamzah , Ku Li

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan