Kerajaan Johor Tidak Perbesar Isu Kurang 'Imbuhan' Bajet 2016

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 8:55 PM

Mohamed Khaled Nordin.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kerajaan Johor tidak memperbesarkan isu mengenai negeri itu tidak menerima banyak imbuhan di bawah Bajet 2016, dan berharap sebahagian projek akan diluluskan tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri menunggu senarai penuh projek daripada Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat lalu mengumumkan beberapa projek yang sedang berjalan termasuk peruntukan RM18 bilion untuk projek Penapisan Minyak dan Petrokimia Pembangunan Bersepadu (Rapid) di Pengerang, sebuah hospital baharu di Pasir Gudang dan sekolah berasrama di Segamat. 

Dalam pada itu, tiada 'goodies' bagi pertumbuhan koridor Iskandar Malaysia.

Mohamed Khaled berkata: "Jika tidak disebut tidak bermakna ia tidak diluluskan kerana banyak negeri lain juga tidak disebut dalam ucapan (Bajet 2016) seperti Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang."

Beliau berharap projek Bas Rapid Transit (BRT) akan diluluskan dan satu pengumuman mengenainya akan dibuat kemudian.

Mohamed Khaled bercakap kepada pemberita pada pelancaran skim pembelian dan pajakan untuk 1,500 unit rumah di Taman Cendana di Pasir Gudang, Ahad.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan