1MDB: Arul Kanda Berharap Disoal Siasat Oleh PAC

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2015 7:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda mengulangi pendirian bahawa beliau "berharap" untuk disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Ya. Kita telah mengesahkan kepada umum banyak kali. Kita berharap untuk menghadiri prosiding PAC bagi memberikan jawapan kepada pihak berkuasa undang-undang negara," kata Arul ketika ditanya pemberita sebelum meninggalkan Wisma MCA di sini, Ahad.

Beliau menghadiri seminar pandangan ekonomi Malaysia bagi memberi penjelasan mengenai sejarah 1MDB serta mengadakan sesi soal jawab untuk anggota MCA.

Tepukan gemuruh dapat didengari dari bilik semeinar sebaik sahaja Arul apabila membuat kesimpulan bagi sesi beliau.

Peserta memberikan senyuman dan menunjukkan isyarat bagus kepada media semasa bersurai dari bilik berkenaan.

Antara peserta memberi komen seperti "terbaik" dan "baik" bagi menterjemahkan seminar berkenaan namun enggan mendedahkan butiran yang diperbincangkan.

Arul kemudiannya berkata, beliau percaya telah memberikan jawapan-jawapan yang memuaskan berdasarkan soalan-soalan "sangat baik" dan "sangat sukar" yang dikemukakan oleh anggota parti.

"Saya fikir mereka suka kemampuan untuk berinteraksi secara langsung, bagi mendapatkan jawapan-jawapan secara terus daripada sumber yang tepat," katanya.

Ditanya mengapa beliau sedia untuk mengendalikan sesi di sini, Arul berkata, ia merupakan sebahagian daripada pendekatan baharu 1MDB untuk menjadi lebih terbuka dan lebih banyak berinteraksi dengan orang awam.

"Kita telah menjalani pelbagai temuramah. Bukan sahaja organisasi media tempatan. Saya telah ditemuramah oleh TV3, NST dan The Edge. Dan juga media asing seperti Financial Times dan BBC," katanya.

Dalam pada itu, pemberita turut bertanyakan tentang pembocoran minit mesyuarat lembaga pengarah baru-baru ini, yang meminta untuk menebus AS$700 juta daripada Petrosaudi.

Arul menyuarakan kebimbangannya mengenai dokumen sulit seperti itu boleh dibocorkan, dengan membuat spekulasi bahawa ia mungkin "telah dijual kepada pihak ketiga".

"Ia tidak adil kepada pihak yang disiasat dan ia mempersoalkan integriti pihak berkuasa melakukan siasatan," tambahnya.

Beliau menggesa media serta orang awam untuk merujuk kepada senarai soalan dan jawapan di laman web 1MDB berhubung urusan dengan Petrosaudi.


Tags / Kata Kunci: Arul Kanda , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan