Umno Bahagian Dikehendaki Adakan Ceramah Kupasan Bajet 2016 Tiap Bulan

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 12:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Penerangan Umno bahagian dikehendaki mengadakan ceramah dan kupasan mengenai Bajet 2016 sekurang-kurangnya dua kali setiap bulan.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata untuk itu, ketua penerangan Umno bahagian, puteri, wanita dan pemuda di peringkat bahagian perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memberi penjelasan tentang Bajet 2016 agar ia dapat difahami semua lapisan masyarakat.

"Semuanya (mengenai bajet 2016) ada dalam surat khabar hari ini, tetapi tidak semua yang membaca dan memahami apakah tema 'Mensejahterakan Kehidupan Rakyat' dalam Bajet 2016. Maka itulah peranan penceramah-penceramah ini dalam memberi kupasan dan pemahaman kepada rakyat.

"Sebagai contoh, rakyat rasa gelisah bila GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dilaksanakan, tapi rupa-rupanya GST menjadi penyelamat kepada kewangan negara. Jadi kupasan secara terperinci sebegitu perlu diterangkan kepada rakyat di peringkat bawah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pertandingan Pidato Umno peringkat Zon Timur di Wisma Darul Iman di sini, Sabtu.

Ahmad berkata pihaknya mempunyai peruntukan untuk mengadakan ceramah kupasan bajet 2016 dan ia akan berkuat kuasa secepat mungkin.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Ahmad Maslan , Bajet 2016 , Umno

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan