Panglima TLDM Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Maritim

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 7:33 PM

Abdul Aziz (kanan) menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan (Pengurusan Maritim) daripada Tuanku Nur Zahirah sempena Majlis Konvokesyen UMT ke-13 yang bermula Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan (Pengurusan Maritim) oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sempena Majlis Konvokesyen UMT ke-13 yang bermula pada Sabtu. 

Majlis konvokesyen itu disempurnakan oleh Sultanah Terengganu, Tuanku Nur Zahirah selaku Canselor UMT.  

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut mencemar duli ke majlis itu yang dihadiri Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Datuk Dr Ahmad Zaharudin Idrus; dan Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar. 

Abdul Aziz ketika ditemui selepas istiadat konvokesyen berkata, anugerah tersebut sangat bernilai buat dirinya dan memberi seribu satu makna untuk warga TLDM. 

"Saya sangat berterima kasih kepada UMT atas anugerah ini dan ini merupakan pengurniaan yang sangat tinggi nilainya kepada saya dan TLDM.

"Penghargaan ini saya dedikasikan untuk TLDM kerana tanpa TLDM, tak mungkin saya akan menerima anugerah ini. 

"TLDM dan UMT telah lama berkolaborasi. Kita telah menghantar ramai warga TLDM untuk mengikuti pengajian di UMT yang bidang pengajiannya meliputi Sains Marin dan Maritim memang sangat bermutu tinggi," katanya pada sidang media selepas majlis konvokesyen. 

Abdul Aziz berkata, pihaknya akan terus menjalankan kerjasama dengan pihak UMT untuk mengadakan lebih banyak perkongsian kepakaran dalam bidang maritim.

"Kita telah bersetuju menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan UMT dalam menjalankan kerjasama yang lebih erat dengan UMT," katanya.  

Sementara itu, Nor Aieni berkata, pemilihan Abdul Aziz untuk anugerah berkenaan adalah tepat atas sumbangan beliau khususnya dalam bidang ketenteraan keselamatan maritim dalam negara. 

"Kita harap selepas ini UMT dan TLDM akan mempertingkatkan lagi kerjasama dalam bidang sains maritim dan kelautan kerana ia adalah kepakaran UMT. 

"Kita turut berhasrat untuk mewujudkan 'Mini TLDM' di universiti ini...kita harap ia akan terlaksana kerana kita mempunyai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Laut yang terdiri daripada mahasiswa," katanya. 

Seramai 2,473 graduan menerima Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah pada majlis konvokesyen selama tiga hari bermula Sabtu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan