NGO Kutuk Tindakan Pelancong Pegang Kemaluan Budak Lelaki

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 4:32 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang melindungi kanak-kanak mengutuk tindakan seorang pelancong memegang kemaluan dua budak lelaki di pantai Sabah.

Pengarah Eksekutif Protect and Save the Children, Richard Edwards Churme menggesa kerajaan untuk memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial, dalam aspek pencegahan dan pemulihan, bagi memastikan insiden seperti itu tidak berulang.

"Gambar-gambar seperti ini yang disebarkan di media sosial tidak menunjukkan masyarakat yang lebih selamat untuk kanak-kanak. Ia akan dilihat sebagai sokongan kepada pedofilia dan penderaan seksual ke atas kanak-kanak," kata Richarde kepada The Star Online.

Protect and Save the Children merupakan NGO menyokong masyarakat lebih selamat di mana kanak-kanak dilindungi daripada penderaan seksual dan eksploitasi.

"Jika kita tidak mengambil tindakan tegas terhadap sesuatu yang keterlaluan secara terang-terangan seperti gambar berkenaan, ia akan menghantar isyarat yang salah kepada bakal pendera kanak-kanak dan mangsa penderaan kanak-kanak," tambah Richarde.

Aktivis hak kanak-kanak dan juga pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam berkata, satu mesej perlu dihantar kepada pelancong yang terbabit dalam gambar tersebut.

"Ia tidak boleh diterima. Malaysia dikenali menjaga hak kanak-kanak. Jangan buat masalah di dalam negara ini," katanya, sambil menambah bahawa identiti dan maruah kanak-kanak terlibat harus dilindungi.

Polis Semporna berkata, mereka menyedari mengenai kewujudan gambar itu dan sedang menjalankan siasatan.

Gambar lain menunjukkan sekumpulan pelancong Asia bergambar bersama seorang budak lelaki yang berdiri secara berbogel di hadapan mereka.

Bagaimanapun, gambar seorang lelaki memegang kemaluan kanak-kanak lelaki berusia dua dan tiga tahun itu adalah yang terkini disebarkan selepas gambar sekumpulan pelancong berbogel di pantai sebuah pulau baru-baru ini.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan