Muhyiddin Tidak Kesal Sokong Najib Jadi PM - Berita Semasa | mStar

Muhyiddin Tidak Kesal Sokong Najib Jadi PM

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 10:22 PM

Muhyiddin (kiri) tidak pernah menyesal menyokong Najib (kanan) menjadi perdana menteri.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak menyesal memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil alih jawatan perdana menteri bagi menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum 2008.

Timbalan Presiden Umno yang digugurkan sebagai timbalan perdana menteri pada Julai lalu kerana kelantangan suaranya terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata, perubahan dalam kepimpinan perlu dilakukan selepas pilihan raya.

Menurut Muhyiddin, beliau perlu meyakinkan Najib yang ketika itu merupakan timbalan presiden kerana Najib "hanya calon tunggal" untuk mengambil alih sebagai presiden parti dan perdana menteri.

Muhyiddin ketika itu merupakan salah seorang daripada tiga naib presiden parti.

"Saya bersama dengan Umno sepanjang hidup saya dan keputusan dan tindakan yang saya buat adalah untuk masa depan parti," katanya pada pertemuan bersama akar umbi yang dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian di sini.

Muhyiddin berkata, beliau tidak akan menubuhkan parti baharu kerana ia tidak akan menjadi penyelesaian kepada masalah yang sedang berlaku dalam Umno.

Tambahnya, Umno seharusnya menjalani proses transformasi seiring dengan aspirasi rakyat.

"Berdasarkan pengalaman saya bertahun-tahun, mempunyai parti baharu tidak pernah mudah kerana ia mungkin akan berakhir esok," katanya.

Muhyddin berkata, beliau akan terus menyuarakan demi Umno kerana beliau tidak mahu melihat parti mengalami kekalahan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau mencabar para pemimpin Umno, terutama ketua bahagian dan mereka yang mempunyai jawatan supaya tidak takut untuk membawa suara akar umbi.

"Mana yang lain? Adakah mereka terlalu takut jika mereka bersuara, mereka akan hilang jawatan dalam parti atau meletakkan risiko dalam peluang mereka untuk menjadi wakil rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menolak tanggapan mengenai beliau adalah "musuh dalaman" sebagaimana yang dirujuk Najib ketika membentangkan Bajet 2016 pada Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , Najib Tun Razak
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan