Peruntukan RM41.3 Bilion Bukti Keprihatinan Kerajaan Kepada Sektor Pendidikan

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 4:06 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Peruntukan berjumlah RM41.3 bilion kepada Kementerian Pendidikan melalui Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam adalah bukti keprihatinan tinggi kerajaan kepada sektor pendidikan di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keadaan ekonomi global yang tidak menentu kini bukan penghalang untuk kerajaan menyediakan peruntukan besar bagi bidang pendidikan.

"Bajet berkenaan bersifat menyeluruh dan merangkumi seluruh sektor dalam pendidikan seperti pembangunan, kurikulum, ko-kurikulum dan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET)," katanya kepada pemberita selepas meninjau Sekolah Kebangsaan Nanamun dekat sini yang daif dan tidak selamat diduduki.

Mahdzir berkata peruntukan untuk TVET yang agak besar juga akan membolehkan negara mengeluarkan lebih ramai tenaga mahir dalam kalangan generasi muda di negara ini.

"Pada saya secara keseluruhannya, perdana menteri telah meletakkan pendidikan sebagai keutamaan, sebaris dengan perkara-perkara lain yang penting untuk masa depan kita semua," katanya.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Jame Alip.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Mahdzir Khalid , Bajet 2016 , pendidikan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan