24 Kawasan Rekod IPU Tidak Sihat Setakat 5 Petang Sabtu

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 8:13 PM

Seorang lelaki melayani anaknya bersiar-siar di Taman Gelora di Kuantan dalam cuaca berjerebu walaupun Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pahang menunjukkan tahap sederhana iaitu 92 pada Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 5 petang Sabtu.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), antara kawasan berkenaan ialah Pasir Gudang yang mencatat IPU tertinggi dengan bacaan 147, diikuti Pelabuhan Klang (146); Bandaraya Melaka (138); Shah Alam (135); Banting dan Larkin Lama (133).

Putrajaya dan Bukit Rambai (masing-masing 132); Kota Tinggi (130); Kuala Selangor (129); Muar (128); Port Dickson (127) dan Seremban (126).

Manakala 24 kawasan lagi merekod bacaan IPU sederhana.

Hanya dua kawasan merekod bacaan sihat iaitu Wilayah Persekutuan Labuan (44) dan Limbang (33).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan