Insentif Baru Getah Akan Manfaat 300,000 Pekebun Kecil

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 3:04 PM

getah
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih kurang 300,000 pekebun kecil diseluruh negara yang sebahagian besarnya tinggal di kawasan luar bandar akan mendapat manfaat dari keputusan kerajaan untuk menaikkan Paras Harga  Pengaktifan (PHP) bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

"Peningkatan PHP membolehkan pekebun kecil getah dengan purata milikan tanah seluas dua hektar dan produktiviti cuplumps sebanyak 3,000 kg/hektar/tahun, meraih pendapatan sebanyak RM1,125 dengan tambahan sebanyak RM125 sebulan apabila harga getahSMR20FOB (Free on Board) menurun di bawah paras RM5.50 sekilogram," kata Menteri Perusahan, Peladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang jugaMenteri Kewangan telah memutuskan untuk menaikkan PHP bagi IPG daripada harga SMR 20 FOB RM4.60 sekilogram (hargacuplumps RM1.75 sekilogram) kepada RM5.50 sekilogram (hargacuplumpsRM2.20sekilogram) mulai 1 Januari 2016.

"Selain itu,kami turut menyambut baik keprihatinan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri terhadap keperluan masyarakat di Sarawak, terutamanya lebih 60 peratus penduduknya masih menetap dikawasan luar bandar," kata beliau dalam satu kenyataan akhbar.

"Penyedian RM70 juta pinjaman tanpa faedah untuk tujuan pembinaan rumah-rumah panjang amatlah dihargai dan dapat meringankan beban mereka yang mahu membina rumah sendiri," kata Unggah.

Selain itu,peruntukan sebanyak RM115 juta disediakan untuk program khas bumiputera Sabah dan Sarawak seperti untuk projek Hak Adat Bumiputera dapat terus membantu masyarakat tempatan, katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: getah , Bajet 2016 , pekebun kecil

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan