Gelandangan Merempat Dalam Pencawang Elektrik

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Lima individu yang tidak mempunyai tempat tinggal termasuk empat kanak-kanak terpaksa menggadaikan nyawa mereka apabila menjadikan stesen pencawang elektrik sebagai tempat bermalam.

Tindakan mereka itu ternyata mengejutkan pegawai perkhidmatan utiliti yang menemui mereka di sana.

Tiga daripada mereka yang berusia 10, 11 dan 12 tahun dipercayai menjadikan stesen pencawang elektrik di Island Road itu sebagai rumah mereka sejak sebulan lalu.

Tempat berteduh kanak-kanak dari Kanowit itu kemudiannya disertai oleh seorang lagi remaja berusia 19 tahun dari Pakan.

Penghuni paling lama di stesen pencawang elektrik itu ialah seorang lelaki berusia 23 tahun yang tinggal di sana sejak tiga bulan yang lalu.

Lelaki itu juga berasal dari Pakan.

Ketika ditanya, kanak-kanak berusia 11 tahun itu berkata ibu bapanya bercerai beberapa tahun lalu.

"Selepas itu saya tinggal bersama saudara tetapi tidak dilayan dengan baik. Jadi, saya melarikan diri," katanya.

Sementara itu bagi kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun, dia berkata ibu bapanya telah meninggal dunia.

"Oleh kerana saya tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk hidup, saya akan berkeliaran di sekitar di bandar," katanya.

Kakitangan Syarikat Sesco Bhd dan pegawai polis yang memeriksa stesen pencawang elektrik itu pada Jumaat mendapati gelandangan itu berada dalam keadaan kusut.

Ada di antara mereka pernah ditahan polis kerana melakukan jenayah kecil seperti mencuri.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Martin Koo berkata, polis sedang menyiasat kumpulan gelandangan itu di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

"Kita juga akan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya," katanya.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan