Cuepacs Puas Hati Gaji Asas Minimum RM1,200

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 6:04 PM

azih
(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata pihaknya berpuas hati dengan penetapan gaji asas minimum RM1,200 seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2016.

Penetapan gaji ini amat dinantikan 60,000 penjawat awam terutama mereka yang tinggal di bandar serta baru memulakan pekerjaan termasuk golongan belia, kata beliau.

Azih berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Ke-13 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Kementerian Pendidikan Semenanjung Malaysia di sini, Sabtu.

Gaji asas minimum itu nanti turut diharapkan dapat membantu penjawat awam berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat terutamanya yang tinggal di bandar.

Azih juga berkata Cuepacs berpuas hati berikutan kerajaan bersetuju menambah baik 252 skim perkhidmatan, menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan dan faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan dilaksanakan tahun depan.

Katanya pelantikan tetap pegawai lantikan 'Contract of Services' yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun adalah perkara yang harus dilakukan dan golongan itu berhak mendapat peluang itu.

Beliau juga berkata penetapan gaji minimum baharu itu juga akan mengubah kenaikan gaji tahunan (KGT) penjawat awam dan kadar pencen yang akan dinikmati golongan berkenaan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Cuepacs , Azih Muda , Bajet 2016

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan