Bina Bangunan Baharu Bilik Darjah Ikut Keperluan Sekolah - Mahdzir

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 3:30 PM

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid memeriksa keadaan sekolah SK Nanamun yang usang. Beliau diberi penerangan oleh Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip (kiri).

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Kementerian Pendidikan akan membina bangunan baharu bilik darjah mengikut keperluan sesebuah sekolah bagi menyelesaikan masalah sekolah yang berada dalam keadaan daif di Sabah, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Isu itu memerlukan perhatian segera dan mekanisme yang kita fikirkan..ia tidak perlu menggunakan peruntukan yang besar," katanya.

"Saya mempunyai data yang diberikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah yang menunjukkan bahawa banyak sekolah kebangsaan di Sabah yang sama tahap (kedaifannya) seperti SK Nanamun," katanya kepada pemberita selepas melawat SK Nanamun bagi meninjau sendiri kedaifan sekolah berkenaan yang dibina pada tahun 1960.

Menurut Mahdzir, mekanisme berkenaan didapati berkesan dalam menyelesaikan segera isu sekolah daif di Sabah yang sering menjadi rintihan rakyat.Sebagai contoh, melalui mekanisme itu, pembinaan lapan bilik darjah di Sekolah Penimbawan, Tuaran, dapat disediakan dalam tempoh singkat dengan kos yang tidak begitu tinggi.

Justeru, katanya, sebagai permulaan, beliau meminta Pengarah Pendidikan Negeri Sabah menyenaraikan 20 sekolah yang berada dalam keadaan daif di negeri ini dan dipanjangkan kepada pengetahuan kementerian supaya tindakan segera dapat diambil.

Selepas itu, senarai sekolah yang masih berdepan dengan masalah itu boleh dikemukakan dan beliau percaya dalam tempoh jangka panjang, isu sekolah di Sabah yang berada dalam keadaan daif boleh diselesaikan.

Mengenai cadangan pembinaan sekolah baharu untuk SK Nanamun itu, Mahdzir berkata peruntukan RM14 juta bagi pembinaan bangunan baharu sekolah berkenaan telah disediakan dan pembinaannya akan dilaksanakan sebaik sahaja pelbagai urusan seperti urusan tanah selesai.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pernah belajar di sekolah itu yang mempunyai enam blok bangunan dan sudah diisytihar tidak selamat diduduki oleh Jabatan Kerja Raya.

Selain melawat sekolah daif, yang sudah melahirkan ramai profesional termasuk tiga lulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang berkenaan, Mahdzir turut meninjau tapak baharu bagi pembinaan semula sekolah itu yang kini mempunyai 213 murid dan 26 tenaga pengajar.

Katanya pembinaan sekolah SK Nanamun mungkin mengambil masa dua tahun dan dalam tempoh itu pelajarnya akan ditempatkan sementara di Sekolah Agama Rakyat Sri Mulia yang terletak tidak jauh dari sekolah mereka.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Pandikar Amin dan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Jame Alip.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Mahdzir Khalid , SK Nanamun , Sabah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan