Pengurangan Bajet Tidak Jejas KPT Majukan Pendidikan Dengan Baik - Idris Jusoh

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 6:54 PM

Idris Jusoh.
(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata pengurangan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion untuk kementerian itu tidak akan menjejaskan usaha memajukan sektor pendidikan tinggi negara.

Beliau berkata peruntukan itu dikurangkan berikutan pendapatan kerajaan terjejas akibat kejatuhan harga minyak dan komoditi negara.

"Sebenarnya kita perlu faham dengan situasi ekonomi yang mencabar sekarang namun kerajaan masih mampu mengeluarkan bajet yang agak selesa kepada kementerian. Memang agak berkurangan sedikit tetapi pengurangan ini untuk melatih supaya pihak universiti lebih efisien dalam pelaksanaan programnya.

"Kerajaan masih mampu mengeluarkan bajet yang seimbang seperti tahun lepas walaupun keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Jelajah Kementerian Pendidikan Tinggi: "Soaring Upwards" kali keenam di sini, Sabtu.

Idris mengulas mengenai Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam yang memperuntukkan RM13.378 bilion untuk Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu lima peratus daripada keseluruhan belanjawan berbanding RM15.785 bilion dalam Bajet 2015.

Katanya kerajaan masih meneruskan Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 bagi penuntut institusi pengajian tinggi dan bagi mengelakkan salah guna BB1M yang boleh dimanfaat 1.2 juta penuntut, Perdana Menteri berkata kaedah penebusan akan diperkemaskan iaitu hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf.

Menurut Idris, kerajaan akan sentiasa membuat pertimbangan sekiranya terdapat keperluan lain pada bajet yang akan datang.

"Insya-Allah dalam melaksanakan bajet, kita akan menguruskannya dengan baik dan lebih efisien pada masa yang akan datang.

"Saya percaya kerajaan akan memberi pertimbangan apabila kita membuat kajian, akan ada keperluan yang perlu ditingkatkan terutama dalam bidang penyelidikan yang akan memberi impak besar kepada kehebatan universiti di negara ini," katanya.-- Bernama






Tags / Kata Kunci: Idris Jusoh , KPT , Bajet 2016

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan