27 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 9 Pagi

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 12:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 27 kawasan kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi Sabtu.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang merekodkan bacaan tertinggi ialah Pasir Gudang (154), diikuti Kota Tinggi (147); Pelabuhan Klang (140); Larkin Lama dan Shah Alam (masing-masing 137); Kuala Selangor (127); Putrajaya (126); Banting dan Bandaraya Melaka (masing-masing 125); Bukit Rambai (124); dan Petaling Jaya (123).

Kawasan lain yang terlibat ialah Seremban (122); Nilai dan Cheras, Kuala Lumpur (masing-masing 117); Port Dickson (116); Tanjung Malim (115); USM (113); Kangar, Muar dan Bakar Arang, Alor Setar (masing-masing 111); Langkawi dan Seberang Jaya (masing-masing 110); SMK Tanjung Chat, Kota Baharu (108); Alor Setar (105); SK Jalan Pegoh, Ipoh (102); dan Seri Manjung (101).

Perai pula kini berada pada paras sederhana (IPU 100) berbanding tidak sihat (120) malam tadi.

Kawasan yang turut mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Samarahan (100); Jalan Tasek, Ipoh dan Kuching (masing-masing 96); Sri Aman (94); Kg Air Putih, Taiping (89); Kuala Terengganu (88); Balok Baru, Kuantan (84); Jerantut (83); Tawau (82); Kemaman (79); Sibu (78); Sarikei (72); Kapit (71); Bintulu (69); Indera Mahkota dan Paka(masing-masing 68); Miri (64); Sandakan (61); Keningau (58); ILP Miri (56) dan Kota Kinabalu (53).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Tags / Kata Kunci: Jerebu , IPU Tidak Sihat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan