Bajet 2016: Zahid, Khairy Bidas Plakad Dana RM2.6 Bilion

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 9:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi membidas tindakan pembangkang yang membawa plakad mempersoalkan derma politik RM2.6 bilion.

Dr Ahmad Zahid pada Jumaat berkata, langkah itu menunjukkan Pakatan Harapan kekurangan input, seperti yang ditunjukkan dalam bajet alternatif mereka pada Khamis.

"Tahun lepas, semasa pembentangan Bajet, mereka membawa bajet alternatif mereka," katanya.

Dr Ahmad Zahid memberitahu pemberita di lobi Parlimen bahawa langkah itu menunjukkan tahun ini, mereka tidak mempunyai apa-apa input yang baik untuk meningkatkan hasil dan perbelanjaan negara.

Terdahulu, bangku pembangkang telah memaparkan sepanduk yang berbunyi 'Dimanakah RM2.6 bilion' sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kesimpulan ucapan Bajet 2016.

Walau bagaimanapun, berdasarkan foto yang dikongsi secara meluas di media sosial, beberapa ahli Parlimen pembangkang - khususnya daripada PAS tidak dilihat memegang sepanduk itu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan ahli Parlimen pembangkang pada akhir pembentangan Bajet 2016.

Dalam tweetnya pada Jumaat, Khairy berkata, tidak salah untuk ahli Parlimen pembangkang membantah isu RM2.6 bilion yang didakwa telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Bagaimanapun, beliau tidak berpuas hati dengan cara ia disuarakan.

"Tak salah tanya. Saya yakin ramai bangkitkan dalam perbahasan mingu depan. Tapi ini bukan caranya. Parlimen bukan pasar.

Dalam tweetnya yang lain pada Jumaat, Khairy menegaskan bahawa tidak semua Ahli Parlimen pembangkang terlibat dalam tunjuk perasaan itu

"Tidak semua. Saya menghormati ahli Parlimen PAS kerana tidak menyertainya. Apa sahaja yang difikirkan seseorang, ucapan belanjawan tidak harus berakhir seperti ini."

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan