Jenazah Ummu Jah Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 12:04 PM

Hatijah Aam.

(Ubah saiz teks)

JITRA: Jenazah Allahyarhamah Hatijah Aam, 61, atau lebih dikenali sebagai 'Ummu Jah', balu kepada pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat pada 10.20 pagi Jumaat.

Kira-kira 1,000 anggota keluarga, kenalan, sahabat handai mula membanjiri Masjid Al-Islah Kampung Putat seawal 9 pagi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Terdahulu, jenazah beliau telah disembahyangkan di masjid berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Holding (GISB) Lokman Hakim Pfordten dalam kenyataan pada Jumaat berkata Allahyarhamah meninggal dunia pada pukul 7.45 malam Khamis di Kedah Medical Centre (KMC) akibat sakit jantung.

Menurutnya, Datuk Rasidi Abdullah telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif GISB Sdn Bhd dan Yang Di-Pertua Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia berkuatkuasa serta merta menggantikan Allahyarhamah.

"Manakala bagi jawatan-jawatan lain termasuk di dalam struktur lembaga pengarah di seluruh dunia di dalam kedua-dua entiti tersebut tidak berubah," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ummu Jah , Al-Arqam

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan