Isteri Bekas Pengasas Al-Arqam Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 7:05 AM

Hatijah Aam.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Hatijah Aam, isteri kepada pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad meninggal dunia kira-kira pukul 7.45 malam Khamis di sebuah pusat perubatan swasta di sini.

Menurut beberapa sumber, Allahyarhamah yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah, 62, akan disembahyangkan di Masjid Mustaqim, Bandar Darul Aman pada Jumaat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat, Jalan Kodiang.

Anggota keluarga dan sahabat handainya enggan memberi sebarang kenyataan kepada media ketika ditemui di pusat perubatan swasta itu.

Menurut laporan media tempatan pada Khamis, Ummu Jah, yang juga Pengerusi Global Ikhwan Sdn. Bhd., dilaporkan mengalami kematian otak dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Difahamkan, Allahyarhamah dimasukkan ke hospital swasta itu sejak 16 Oktober selepas pulang daripada lawatan ke luar negara atas urusan kerja. - BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Ummu Jah , Al-Arqam

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan