Tambahan 6,000 Anggota Polis Untuk Tingkatkan Keselamatan Awam

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 5:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha meningkatkan keselamatan awam dalam tempoh hampir setahun lalu antara lain menyaksikan pertambahan ketara dalam bilangan anggota, balai polis serta aset polis.

Dalam tempoh itu, tambahan sejumlah 6,000 anggota polis direkrut manakala beberapa negeri seperti Johor, Sabah, Sarawak, Selangor, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak mendapat tambahan balai polis baharu termasuk ibu pejabat dan pusat latihan polis yang sedang dalam pembinaan.

Butiran ini terkandung dalam Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Menurut laporan itu, sehingga Julai tahun ini, sebanyak RM245.3 juta dibelanjakan untuk kesemua projek berkenaan.

Polis turut dibekalkan dengan tambahan 818 motosikal dengan kos RM15.1 juta bagi membolehkan pasukan itu meningkatkan kecekapannya dalam pencegahan jenayah.

Kerajaan turut melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah program pengurangan jenayah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan membelanjakan RM25.3 juta sehingga Ogos tahun ini.

Ia termasuk program meningkatkan bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pihak berkuasa tempatan, program mencegah kecurian kenderaan, program mengurangkan jenayah jalanan, Rakan Cop, Kaunseling Triaj dan Program 'Feet on Street' untuk meningkatkan kehadiran polis.

Sementara itu, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang ditubuhkan untuk membantu pasukan keselamatan dalam menegakkan undang-undang dan peraturan juga dipertingkatkan peranannya melalui program latihan dan pembinaan kapasiti.

Sehingga Ogos tahun ini, lapan program termasuk Pengurusan Krisis, Pengendalian Senjata Api dan Kursus Kepimpinan dilaksanakan melibatkan peruntukan RM6.3 juta.

-- Bernama
Tags / Kata Kunci: polis , Laporan Ekonomi

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan