SKMM Cari Mekanisme Terbaik Bagi Tambah Nilai Prabayar

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 10:35 PM

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia, menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan berbincang dengan pihak kepentingan relevan dan memperhalusi mekanisme terbaik bagi pelaksanaan keputusan kerajaan berhubung tambah nilai prabayar telefon bimbit.

"Oleh kerana pelaksanaan mekanisme baharu itu akan hanya bermula pada 1 Januari 2016, buat semantara waktu, sehingga 31 Disember 2015, kaedah sama bagi bayaran GST akan digunakan, iaitu GST sebanyak 6 peratus akan dicaj kepada pengguna," kata Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam satu kenyataan susulan pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat.

Semasa membentangkan bajet itu, Najib berkata pengguna Malaysia akan dibayar rebat bagi kad prabayar telefon bimbit yang bersamaan dengan amaun GST yang telah dibayar berkuat kuasa 1 Jan, 2016 hingga 31 Dis, 2016.

Mengulas tindakan kalangan anggota Parlimen pembangkang yang membawa poster ke dalam Dewan Rakyat sebagai tanda protes, Salleh berkata tindakan mereka itu "kebudak-budakan dan tidak matang".

"Mereka bukan sahaja tidak hormat kepada Perdana Menteri tetapi juga tidak menghormati badan agung Parlimen.

"Kami bukan sahaja perlu mematuhi etika berpakaian di Parlimen tetapi juga dari segi tatalaku. Parlimen tidak patut dijadikan sebagai sarkas," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan