Pm Lawat Yang di-Pertuan Agong Di IJN

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 7:11 PM

Kenderaan rasmi Yang di-Pertuan Agong kelihatan berada di Institut Jantung Negara (IJN) awal pagi Jumaat. Menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wira Awang Kechik Abdul Rahman Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 88, berangkat ke IJN pada 10.30 malam Khamis bagi menjalani rawatan berkala seperti yang dijadualkan. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Institut Jantung Negara (IJN) Jumaat.

Najib tiba di Blok A, lobi utama IJN pada pukul 6.30 petang selepas beliau selesai membentangkan Bajet 2016 di Parlimen.

Perdana Menteri tiba bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan disambut beberapa pegawai istana dan pegawai perubatan IJN.

Tuanku Abdul Halim kini menjalani rawatan berkala di IJN.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wira Awang Kechik Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 88, berangkat ke IJN pada 10.30 malam tadi bagi menjalani pemeriksaan kesihatan berkala seperti yang dijadualkan.

"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sedang berehat dan dijangka kembali bertugas secepat mungkin," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan