Bajet 2016: "Jangan Bimbang, Malaysia Tak Akan Bankrap" - PM

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 8:38 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh terus yakin dengan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) berdasarkan bukti rekod prestasi dalam menguruskan negara ini dalam apa jua situasi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun berdepan cabaran amat berat dalam keadaan ekonomi global tidak menentu, Perdana Menteri berkata, Malaysia, pada hakikatnya, bukan sebuah negara gagal atau muflis, tetapi terus menjadi negara stabil dengan asas-asas ekonomi yang kukuh dan kekal berdaya saing.

"Kepada semua rakyat, jangan bimbang. Percayalah. Anda boleh bergantung kepada kerajaan ini, untuk masa depan anda dan masa depan generasi akan datang anda.

"Dalam apa jua keadaan, rakan-rakan saya dan saya akan meneruskan rancangan ekonomi negara, menentukan keutamaan dan memberi kepentingan kepada kesejahteraan rakyat," katanya ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat di sini Jumaat.

Dalam ucapannya yang berlangsung selama kira-kira 90 minit, Najib berkata walaupun terdapat perdebatan sebelum pembentangan bajet dalam pelbagai media mengenai ekonomi Malaysia yang mendakwa negara ini berada di ambang kebankrapan, krisis ekonomi dan penyusutan ketara nilai ringgit, ia adalah persepsi terhadap tadbir urus kewangan yang tidak berkesan dan perbelanjaan kerajaan tidak berhemah.

"Kita kesal, sangat-sangat kesal, tindakan yang tidak bertanggungjawab musuh kita, dalam dan luar negara, yang cuba untuk memburukkan imej negara kita.

"Bagi kami...tindakan mereka hanya akan menyebabkan ketidakharmonian, hanya akan memusnahkan apa yang kita ada hari ini," katanya.

Najib berkata sebagai manusia, dia mempunyai merit dan kelemahan, tetapi sebagai pemimpin, dia tidak akan berhenti dalam usahanya untuk memastikan kejayaan Malaysia.

"Pejuang pasti akan menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Namun...walau apa pun terjadi, kita tidak akan berputus asa.

"Bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...ahli-ahli pentadbiran dan kepimpinan Barisan Nasional...satu hati satu jiwa...kita terus kukuh untuk terus berjuang," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan