Had Pelepasan Cukai Setiap Anak Dinaikkan Kepada RM2,000

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 6:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur di bawah 18 tahun mulai taksiran 2016 digandakan daripada RM1,000 kepada RM2,000.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selain itu pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000.

"Jika buat masa ini, pembayar cukai individu diberi pelepasan sehingga RM5,000 setahun bagi tujuan perubatan dan penjagaan terhad hanya kepada ibubapa mereka yang sakit.

"Dalam bajet ini, kerajaan memandang positif sikap anak yang mengambil berat terhadap kebajikan ibu bapa mereka dan mengalu-alukan pengukuhan institusi kekeluargaan, jadi buat julung kalinya anak-anak yang menyara ibu bapa mereka, meskipun tidak tinggal bersama, akan diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500 untuk ibu dan RM1,500 lagi untuk bapa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat di sini, Jumaat.

Bagaimanapun ia dengan syarat, ibu dan bapa masing-masing tidak berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan dan berumur 60 tahun ke atas, katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata had pelepasan cukai juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 bagi setiap anak berumur 18 tahun dan ke atas, yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian dalam dan luar negara, mulai taksiran tahun hadapan.

Katanya, bagi ibu bapa kepada anak-anak orang kurang upaya (OKU) yang sedang melanjutkan pengajian di institusi dalam dan luar negara, had pelepasan cukai dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 mulai taksiran tahun hadapan.

"Ingin saya tambah di sini, had pelepasan cukai sedia ada bagi ibu bapa yang mempunyai anak OKU adalah RM6,000. Ini bermakna sekiranya anak OKU ini melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara, jumlah pelepasan cukai yang boleh dituntut secara keseluruhannya, adalah sebanyak RM14,000," katanya.

Kerajaan juga mengkaji semula pelepasan cukai ke atas yuran pengajian di peringkat tertiari untuk pembayar cukai individu yang melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian terpilih.

Bagi peringkat sijil, diploma dan sarjana muda, bidang pengajian adalah undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, kemahiran atau kelayakan vokasional, teknikal, industri, sainstifik dan teknologi.

Sementara itu bagi peringkat sarjana dan kedoktoran pula pengajian meliputi semua bidang.

Justeru itu, bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan mendokong aspirasi negara untuk meningkatkan pengetahuan dan pembangunan bakat bertaraf global, adalah dicadangkan had pelepasan yuran pengajian tertiari dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000 setahun, mulai cukai taksiran 2016.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: pelepasan cukai , Bajet 2016 , OKU

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan