Najib Aminkan Doa Sebelum Bertolak Ke Dewan Rakyat - Berita Semasa | mStar

Najib Aminkan Doa Sebelum Bertolak Ke Dewan Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaminkan doa di Kementerian Kewangan di sini sebelum berangkat ke Dewan Rakyat pada Jumaat untuk membentangkan Bajet 2016.

Doa dibacakan Imam Besar Masjid Putra, Abd Manaf Mat sejurus selepas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah menyerahkan beg berisi teks ucapan Bajet 2016 kepada Najib yang juga Menteri Kewangan.

Selepas bacaan doa berkenaan, Perdana Menteri bertolak ke Dewan Rakyat bagi membentangkan Bajet 2016.

Bajet 2016 merupakan bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan ia penting sebagai penanda aras kepada hala tuju negara pada masa depan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Bajet 2016
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan