Masalah Kewangan Faktor Utama Berlaku Penceraian - Exco - Berita Semasa | mStar

Masalah Kewangan Faktor Utama Berlaku Penceraian - Exco

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 11:46 AM

(Ubah saiz teks)

ARAU: Masalah kewangan merupakan antara faktor utama berlaku kes perceraian dalam kalangan pasangan Islam di Perlis, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan dan Perpaduan Negeri, Rela Ahmad.

Beliau berkata ekoran kedudukan ekonomi yang tidak stabil menyebabkan pasangan berkahwin menghadapi kesukaran sehingga membawa kepada tekanan terutama kepada pihak suami untuk menyara hidup keluarga mereka.

"Setiap hari ada pasangan yang bercerai. Rata-ratanya sudah berkahwin selama lima hingga 10 tahun. Mereka memberi alasan masalah ekonomi sebagai punca mereka bercerai," katanya.

Rela berkata Pejabat Pembangunan Wanita, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk pasangan bermasalah termasuk dalam membantu memulihkan kedudukan ekonomi mereka.

Pasangan berkahwin juga perlu bijak mengurus soal kewangan dan tidak memilih perceraian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi, katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: masalah ekonomi , penceraian
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan