Jangan Mudah Percaya Berita Tidak Disahkan Istana - Mukhriz

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 1:08 PM

Mukhriz Tun Mahathir.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah meminta semua pihak tidak mudah percaya kepada berita-berita yang tidak disahkan terlebih dahulu oleh pihak istana tentang keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong.

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, semua pihak perlu mengelak daripda menyebarkan khabar-khabar angin tentang Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga merupakan Sultan Kedah.

"Biarlah kenyataan datang secara rasmi daripada istana kalau ada sekalipun. Saya mohon kita jangan terlalu cepat percaya kepada berita-berita yang tidak disahkan terlebih dahulu oleh pihak istana," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program SEHATI 2015 anjuran Unit Keusahawanan Sosial MaGIC (Malaysia Global Innovation and Creativity Centre) di Dewan Seri Mentaloon di sini.

Pihaknya menurut Menteri Besar sudah dimaklumkan secara tidak rasmi tentang keadaan kesihatan terkini Yang di-Pertuan Agong.

Mukhriz mengulas khabar-khabar angin yang tersebar secara meluas terutamanya di laman-laman media sosial sejak malam Khamis tentang keadaan terkini kesihatan baginda.- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mukhriz Tun Mahathir , Istana

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan