Bajet 2016: Dana RM300 Juta Tumpu Kesejahteraan Orang Asli

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 7:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemajuan dan kebajikan Orang Asli terus diberi keutamaan apabila RM300 juta diperuntukan khusus untuk masyarakat itu menerusi Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Jumaat.

Antara yang diberi perhatian khusus ialah pendidikan generasi muda Orang Asli dengan RM45 juta daripada jumlah berkenaan diperuntukkan bagi bantuan makanan tambahan, wang saku dan tambang pengangkutan sekolah.

Dalam bajet bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat', Najib berkata kerajaan juga akan melaksanakan pembangunan perkampungan bersepadu, antaranya di Sungai Siput, Perak yang merangkumi pembinaan jalan perhubungan, penyediaan bekalan elektrik dan air terawat dengan peruntukan RM80 juta.

Selain itu, RM25 juta akan digunakan untuk Projek Pembangunan Ekonomi Orang Asli menerusi projek pembangunan ladang getah dan kelapa sawit serta tanaman kontan bagi memastikan tahap hidup masyarakat itu terus meningkat, katanya. -- Bernama



Tags / Kata Kunci: Orang Asli , Bajet 2016

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan