"Bajet Raih Undi PRN Sarawak" - Azmin

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 8:17 PM

azmin

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menyifatkan intipati Bajet 2016 sebagai ‘gula-gula politik’ bagi mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tahun depan.

Menurut Ahli Parlimen Gombak itu, beberapa pengumuman berkaitan pembangunan di kedua-dua negeri itu jelas sebagai persedian kerajaan untuk memenangi hati rakyat di sana.

"Apa yang diberikan kepada negeri itu bertujuan semata-mata kerana Pilihan Raya Negeri Sarawak.

"Itu sangat jelas. Bajet ini ditumpukan untuk itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Jumaat.

Menerusi Bajet 2016, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sejumlah RM29.2 bilion untuk Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan pelbagai pembangunan di kedua-dua buah negeri berkenaan.

Antara peruntukan yang diumumkan Najib ialah pelaksanaan gaji minimum Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan kepada RM920 bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik dan pembantu rumah.

Selain itu dana berjumlah RM115 juta disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah dan Sarawak selain janji kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak.


Tags / Kata Kunci: Bajet 2016 , Azmin Ali , PRN Sarawak

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan