AirAsia Mulakan Penerbangan Terus Ke Maldives

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 10:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kini semua orang boleh terbang ke  Maldives!.

AirAsia pada Khamis memulakan penerbangan terus pertama dari Kuala Lumpur ke Maldives.

Menurut kenyataan AirAsia pada Jumaat, laluan Kuala Lumpur - Male (Maldives) kini eksklusif kepada AirAsia dan tetamu dari Incheon, Osaka, Hong Kong, Shenzen, Bangkok, Gold Cost, dan Pulau Pinang, untuk berhubung terus ke destinasi percutian indah itu.

Sempena penerbangan sulung itu, beberapa resort di Maldives kini menawarkan diskaun dan keistimewaan eksklusif sehingga 40 peratus penginapan di Holiday Inn, Sheraton, W Retreat and Spa dan banyak lagi, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu.

AirAsia kini menawarkan tempat duduk ke Maldives pada tambang serendah  RM299 (sehala) hingga 1 Nov, 2015, untuk tempoh perjalanan dari 22 Okt 2015 hingga 29 Feb, 2016.

Menurut Ketua Komersial AirAsia Berhad Spencer Lee, syarikat penerbangan itu merupakan syarikat penerbangan tunggal yang menghubungkan Malaysia terus ke Maldives.

AirAsia menawarkan tiga penerbangan seminggu, masing-masing pada Selasa, Khamis dan Sabtu menerusi penerbangan AK72 (KL-Maldives) dan AK73 (Maldives-KL).
Tags / Kata Kunci: AirAsia , Maldives , Spencer Lee

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan